Saturday, November 1, 2008

Seronoknya dia orang ni


Pada 29 Oktober 2008 jam 9, murid, guru dan ppm kelas PPKI Sk Dewan Beta telah pergi ronda dan window shopping di KB Mall. Macam-macam gelagat mereka sepanjang aktiviti tersebut. Selesai window shopping pergi pula main bowling di Perdana SuperBowl..... Selepas Keletihan menggolek bola untuk jatuhkan pin, Cikgu Na pulak belanja burger Mc D. Enjoyyy


Tunggu paparan seterusnya nantii ye!




Thursday, September 18, 2008

Ke sini rupanya.......







Murid telah menyiapkan kad raya untuk keluarga masing-masing.
Tiba masanya mereka dibawa ke Pejabat Pos oleh Cikgu Azman dan Abang Zamzi untuk urusan membeli setem , menampal setem dan mengepos kad raya.

Tidak lupa juga kad raya dari warga kami kepada

a) RESTORAN NEW HORIZON GARDEN

b) TAMAN TEMA SPLASH

c) 3PK KELANTAN

d) WARGA PPKI SK SERI KOTA



p/s:

pecah kaca pecah gelas
bila dapat harap balas

Thursday, August 14, 2008

Sekitar lawatan ke SK Seri Kota

Seperti dijanjikan, dipersembahkan antara gambar sekitar lawatan di Sk Seri Kota




Wednesday, August 13, 2008

Lawatan sambil belajar

Pada 13hb Ogos, 2008 (Rabu)

Aktiviti : Lawatan ke Kelas Pendidikan Khas Integrasi
SK Seri Kota, Kota Bharu, Kelantan


Disertai oleh: 3 orang guru, 3 orang PPM dan 4 orang murid

Tentatif Program

8.00pagi - berkumpul di sekolah
8.30pagi - bertolak dari SK Dewan Beta
8.45pagi - dijangka sampai di Seri Kota
9.00-11.30pagi - mengikuti program yang disediakan oleh pihak SK Seri Kota
11.45 pagi - bertolak pulang ke Sk Dewan Beta

Gambar akan dimuaturun kelak.

Friday, August 8, 2008

Kelas kami di dalam akhbar Sinar Harian (Jumaat 08.08.08)

Lawatan dua dalam satu beri semangat baru

KOTA BHARU – Lawatan dua dalam satu yang diadakan Kelas Integrasi Pendidikan Khas (Bermasalah Pembela-jaran) Sekolah Kebangsaan (SK) Dewan Beta memberikan satu semangat baru kepada muridnya yang juga merupakan kanak-kanak istimewa.

Guru pendidikan khas, Normahana Mohd Nawawi berkata, program itu diadakan bagi memberi pendedahan kepada empat murid bersama ibu bapa masing-masing mengenai dunia pendidikan khas.

“Ini merupakan lawatan julung kali yang diadakan di Pusat Perkhidmatan Pendi-dikan Khas Kelantan (3PK) Lati, Pasir Mas, dan pada masa yang sama kami turut meraikan hari kelahiran keempat-empat pelajar tunggal kami itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, dalam lawatan itu, pihaknya ingin memberikan gambaran yang jelas kepada ibu bapa kanak-kanak istimewa itu berkenaan perkhidmatan yang disediakan jika anak-anak mereka dihantar ke sekolah khas.

Normahana berkata, ketika di sana, satu taklimat telah disampaikan Pegawai Audiologi, Hasnah Mamat dan Nik Noor Azman Mohd Yusoff mengenai sistem pembelajaran dan kaedah pengajian di sana.

Menurutnya mereka juga dibawa melawat beberapa buah pusat perkhidmatan yang terdiri dari play area, toy library, bilik audiologi dan bilik pertuturan.

“Kesemua ibu bapa yang hadir berpuas hati dengan penerangan yang telah diberikan dan ini memberikan keyakinan kepada mereka apabila menghantar anak-anak untuk mengikuti pembelajaran di sekolah khas yang ada,’’ katanya.

Pada sebelah tengah harinya pula, kesemua murid diraikan dalam satu majlis yang ditaja khas oleh Restoran New Horizon Garden.

“Majlis ini diadakan khas bagi meraikan sambutan hari jadi mereka di mana pada majlis tersebut, mereka diraikan oleh ibu bapa masing-masing dan diiringi ucapan kata-kata semangat kepada anak-anak mereka,’’ katanya.

Beliau mengharapkan lawatan dua dalam satu itu dapat memberikan kesedaran kepada ibu bapa supaya tidak mensia-siakan masa depan anak-anak mereka, kerana sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah khas.


Cetak artikel | Emel artikel ini

sila klik di http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story1819091.asp untuk edisi akhbar

Wednesday, August 6, 2008

Lawatan ke 3PK Kelantan

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas Kelantan dikenali sebagai (3PK) terletak di Lati, Pasir Mas . Lawatan ke pusat perkhidmatan ini dapat memberi gambaran jelas kepada guru, ibubapa dan murid berkenaan perkhidmatan yang disediakan.Di sini kami diberikan taklimat tentang Sek.Keb.Pendidikan Khas ( SKPK) oleh Puan Gurubesar SKPK iaitu Puan Wan Rohani.Penerangan berkenaan 3PK disampaikan oleh Puan Hasnah bt Mamat iaitu pegawai audiologi bersama Encik Nik Noor Azman bin Mohd Yusoff


Friday, August 1, 2008

Lawatan ke Tesco dan Bowling

Lawatan ini disertai oleh Penyelaras, Cikgu Azman dan 2 orang murid iaitu Fauzan dan Barakath.